Thursday, December 25, 2008

KAWAN - Part 2

aku bersama keluarga aku
aku merapatkan hubungan
yg tidak terjalin dahulu
aku berasa teramat malu
bagai kan merasa, kepanasan
contengan arang dimuka aku
aku mungkin malu
kerna tidak pernah terus melulu
terus kehadapan dan terus maju
bukan maju dlm gajet gajet canggih
tp maju dlm mengenal erti kasih
ini bukan selingan
ini bukan saringan
lagu puisi menunjuk rintihan
kesedihan terhadap kawan

aku dah berubah
aku dah berubah
aku dah berubah
bukan cuma utk diubah
perubahan membawa makna
seribu sikap dari bencana
bukan cuma penambah perisa
dlm masakan ibu tercinta

aku sedih wahai kawan
dgn pelbagai perkataan dilemparkan
aku simpan utk permainan
yg dibuahkan sebagai permulaan
aku tak kira
ape nak jadi, jadi le
selama ni pun aku sengsara
mengenang dan merasa
segala kepahitan, segala kepedasan
dendam terlahir sebab kawan
senyum aku bukan sindiran
tapi senyum hilangkan rintihan

*smbg part 3. pelbagai perangai kawan

1 comment:

0.21 said...

pandai kau berpuisi...