Friday, April 24, 2009

Hanya ini yang mampu ku beri

angin meniup datang dan pergi
anak anak berlari lari kecil kelilingi perigi
burung disana terbang sambil memerhati
ape yang tertulis takdir hidup dan mati

aku mengenali kamu tidak sampai pun berdekad
kita cuma ditakdirkan sekelas lalu bersahabat
kamu senyum menerima salam tanpa ada niat jahat
bermulalah sebuah cerita persahabatan yang erat

setahun lamanya kita berkawan
gelak tawa riang sudah teringat di fikiran
kita juga sudah lali dengan pelbagai kerenah dan perasaan
mengeratkan lagi satu hubungan persahabatan

hari demi hari berlalu
pelbagai musibah yang berlaku
di pondok kawan kawan kita bersatu
gelak tawa riang asyik berlagu

tiba satu hari penting berlaku dlm hidup kau wahai kawan
seseorang telah merisik si ibu kesayangan
lalu diijab kabul dirilah sebuah masjid tanpa halangan
kamu kini sibuk dengan dunia baru wahai kawan

kehadiran kamu kini menjadi rindu
kawan, aku tidak menghalang kamu untuk jauh berbatu
tapi kami di sini menunggu-nunggu khabar berita dari kamu
maka datanglah kamu membawa berita tanpa ada senyum dari hatimu

ku duduk dan termenung jauh di pondok kita
berita diterima kamu terpaksa pergi beribu batu jauhnya
semua disini tidak dapat menerima dengan hati terbuka
pemergian mu masih tidak dapat dijangka

matahari sudah terbit dan terbenam dengan lajunya
aku dan teman yang lain mengenang gelak tawa riang kita bersama
malangnya itu cuma mimpi permainan hidup kita

No comments: