Monday, April 19, 2010

Kerusi Kosong

pernah dulu kita berjanji
kawan sehidup semati
setelah semua kita hadapi
pahit dan manis kita kecapi
adakah ianya masih kuat di hati?

aku pergi untuk sementara
cuma untuk tujuh hari aku merana
belajar tentang erti kehidupan
belajar untuk menenangkan fikiran
belajar cara untuk mengawal perasaan
ya, ianya cukup sengsara
pada aku, kawan kawan aku hidup liar di luar sana
dan aku diberi takdir untuk tidak bersama sama

kawan, aku hidup bahagia
belajar untuk berdikari
belajar untuk mengenal diri sendiri
malah belajar adat dan budaya baru yang perlu aku serasi
aku tidak pernah menyesali dengan apa yang terlentang di hadapan
mungkin aku tidak dapat menyertai kamu wahai kawan
tetapi aku pergi dengan hati yang tenang serta dorongan daripada kamu kawan

dulu suka kita bersama sama
duka kita harungi bersama
kini aku pulang untuk selamanya
tetapi lain pula apa yang aku rasa
lain seperti yang dulu pernah kita kenang seketika

benar kata orang tua, kawan sekolah takat itu sahaja
aku sedaya upaya untuk membuktikan ianya cuma sekadar kata kata
tetapi kamu kawan, telah membuktikannya
malah dengan lahirkan perasaan berbeza
yang dulu kita menafi nafikan
yang dulu kita cuba elakkan
yang dulu asyik kita ketepikan
yang dulu sering kita menjauhikan
tapi apa gunanya penat lelah itu semua
sekarang telah terbukti pepatah orang tua kuat berkata kata

kita sekarang jalan beriringan
berpegangan tangan
bersorak sambil mengatakan, ya dunia kita, kita akhirkan
sampai bilakah ceritaku ini bermulanya perpisahan?

aku terkenang kembali zaman kita tidak lagi hidup sebegini
aku lebih merinduinya daripada kita sibuk dengan hal peribadi
dulu kala kau ada temankan aku untuk berbicara puisi
sekarang ianya hanya tinggal kenangan dan kekosongan kerusi

3 comments: