Tuesday, August 18, 2009

KAWAN Part 3 - Pelbagai Perangai Kawan

1. malam menjelang lagi
dunia penuh spekulasi
wabak bencana kini menghantui
seluruh pelusuk dunia tidak mengerti

2. mulut ini senyum bukan mencaci
tampak ikhlas hanya pendirian diri
marah resah gelisah itu kata hati
maka senyum lah tanpa henti

3. aku dah penat, kata bibir manis
aku dah tak larat, tambah lagi kata-kata bibir manis
dilantang suara orang yang dah lama bersabar
terdiam seketika mengubah keadaan sebenar

4. tampak hebat sentiasa
berani gagah perkasa
dipermain perempuan di bawah usia
kawan kawan berkata :
jangan bodoh kan diri, bukalah mata

5. seorang demi seorang setiap dari mereka
mengidap penyakit berlainan waktu dan masa
kini sembuh, alhamdulilah tuhan yang maha esa
kurangkan lah petunjuk tanda kiamat dunia

6. setiap manusia menerima hidayah-Nya
hati terlintas lalu berkata
aku ingin berubah, adakah untuk sementara?

7. kawan lebih penting
-mereka bukan orang asing

8. aku pergi bukan mengelak diri
meneman kawan tidak dirancang dari tadi
kawan kini terguris hati
membilang perkara tidak enak didengari

9. anak-anak muda kini memakai baju jarang
tanpa segan kerana tidak dihalang
kawan, aku pinta untuk kau datang
permintaan ini teramat jarang

10. pemaisuri kini berang tanpa henti
raja mengikut perintah pemaisuri
anakanda menjadi mangsa setiap hari
dimaki dicaci menjadi rutin harian diri

11. niat menemani kawan pulang ke rumah kerna sudah masuk waktu
benar kata mereka, malang itu tidak berbau
anak muda kini makin kurang dan tidak diberi ajar ibu
mengacu pistol riangnya hati tidak menentu

12. aku melarikan diri
menambah kenangan di usia muda ini
durhaka sementara, sedih dan penat tangisi diri

13. masa sudah semakin suntuk untuk mengubah diri
perjalanan hidup hendak diubah, sebelum menyesali diri

14. aku teringat dahulu kala
kawan pernah berkata-kata :
sekarang kau datang, lepas ni adakah kau hilang?
aduh, ku tak suka dunia baru ini ku tak suka
manis pahit hilang begitu sahaja
melangkah ke dunia baru adakah hilang yang lama.

No comments: