Tuesday, August 18, 2009

Tumpas Akhirnya

aku pernah berkata :
budak baru hanya untuk cuci mata
jadikan mereka permainan kita
malangnya,
kata-kata tidak seindah makna
ianya lebur begitu sahaja
pabila hati cair merana melihat mereka

seorang demi seorang kawan jatuh pada igauan mereka
niat ingin mempermainkan, tetapi sebalik yang berlaku tanpa kita sedarinya
aku pantas bangun nasihati sekeliling tentang keadaan kita
namun kata-kata kawan, dihindari begitu saja

cerita bermula dengan satu percakapan
ditanya khabar bermulalah satu perbualan

kini sudah sebulan dua, persahabatan pada mulanya
aku menjadi resah gelisah, kerana ini adalah pertama kalinya
aku menjalin hubungan, dengan begitu akrabnya

masa berlari dengan begitu pantas
pelbagai kritikan kawan ditempiaskan
hasutan syaitan dihujung bisikan
aku pekak kan diri, berdiri tegak di satu barisan

mula berputik benih benih cinta
kaulah segala-galanya
aku menyanjung, mereka memuja
gadis pilihan dengan gah mengembangkan sayapnya

permainan baru sahaja bermula
aku dipermainkan dengan kehadiran jejaka idamannya
mata ini dibutakan, aku terlepa
kawan kawan bangun dari tidur lalu sedarkannya

kawan kawan mengeluarkan pelbagai kata
ianya mengandungi pelbagai makna
lagu ini, tidak lagi merasa
saat kemuncak, kebodohan diri melanda

aku sudah dipermainkan
diri ini hanyut, cuma dengan satu kemaafan

jejaka idaman gadis dipuja, sudah pergi tanpa berita
aku ini bodoh tergila-gilakan nya
gadis pinta untuk berbaik semula
aku terima, dalam diam tumpas dalam permainan gadis di bawah usia

No comments: