Monday, October 12, 2009

// aku korbankan

pokok menjalar untuk terus hidup
terus membesar, menjalar setinggi yang mungkin
tanpa ada yang mampu datang untuk menebasnya
disitu lah perjalanan bermula

aku hasilkan pelbagai kata
mengeluarkan apa yang tidak terkata
hati mengunci ada sebabnya
mungkin kerna kata kata itu terlalu kesat untuk dicerita

setiap pagi aku bangkit
memandang ke arah jendela
aku melihat kejadian dunia
sungguh dasyat hendak diberitakannya
mungkin sudah takdir
pak pandir terlupa apa harus diingatinya

sekarang aku gah berdiri
ini kerana personaliti
rupa paras tidak diadili
pengalaman aku merentasi bumi

ya, tahniah kepada mereka di sana
sudah yakin membangun tanpa ada yang dibantunya
mereka angkat setinggi yang mungkin hidung mereka
ha-ha-ha aku gelak besar nampaknya ya
melihat apa itu tidak mungkin terjadi
pernah aku membantu tanpa memikirkan balasan diberi
niat ini lahir dari setiap sudut diselubungi mimpi

mereka ada ketika ketawa
tidak kulihat ketika duka
aku sanggup korbankan nyawa
sehingga membunuh dan durhaka kepada orang yang mencipta
sedang asyik dibuai mimpi
makin bertambah dosa terukir di hati
aku menyumpah bak tiada dosa
ini tanda kiamat dunia

alangkah gumbira ianya sekadar mimpi
ilusi dan khayalan untuk diteladani

No comments: