Friday, November 20, 2009

Aku Derhaka

aku ini jahat, aku jahat sekali
muka senyum bukan tiada niat di hati
aku gembira ingin lupa semua yang aku lari
aku benci dan akan terus benci
sehingga aku sedari
betapa hinanya diri ku ini

aku di sini inginkan nada dan kawan
teriak lepaskan beban yang aku sendiri tidak tahan
aku di sini inginkan lagu dan teman
teriak sekali lagi bukan kerana aku ingin merawan
aku di sini inginkan makanan
teriak kekenyangan bukan untuk igauan
tapi untuk tidak berhenti menghembus asap di awan

bila bulan hampir ku
aku gembira bagai nak gila
bila ianya semakin hampir kepada aku
aku bermimpi seketika :
enak kami menjamu selera
hilang tumpuan saat sengsara
kami bergembira mengukir nama
bahawa senya aku ini anak durjana

di sudut aku termenung jauh
mengenangkan nasib kita
aku kini semakin jauh
dari memori yang dulu kita asyik gembira

kini sudah terbuku pintu hati ku
walau seribu makna ianya masih terluka di pintu itu
menangis teresak-esak di kaki ibu
tiada gunanya sumpahan batu si tanggang dari ibu

aku kini bukan seperti yang kamu gambarkan
senyum cuma mengikut gerak hati dan perasaan
aku bukan derhaka pada yang sudah lama merawan
aku pergi seketika untuk mengubat luka
parahnya dalam hingga ke dalam dasar laut aku tidak menduganya
tapi entah mengapa, aku pergi teramat lama

kau katakan sememangnya sungguh indah
ianya dibayangkan seperti satu bandar yang tidak pernah hilang cerah
kau beri aku resah
mungkin benar aku salah
tapi kepadamu aku benar-benar salah

kau memandang tinggi pada diri ini
kau menaruh harapan yang penuh tetapi tidak pernah walau sekali
aku kotakan untuk kau bangga dengan kelahiranku ini
tetapi hatiku, tidak pernah difikir sama sekali
aku terus dan terus mungkin tidak akan berhenti untuk benci
benci dengan erti kehidupan
yang sememangnya tiada erti seperti seorang yang kamu lawan

ya, benar sekali tanggapan kamu
aku ini anak bukan untukmu
mungkin salah kehadiran aku
ampun maaf aku pinta dari mu

No comments: