Wednesday, November 25, 2009

Dugaan-Nya

kini mulanya hidup baru
angin yang baru
impian baru
malah pendapatan tambahan yang baru
aku mungkin merasa sedikit malu
kerana ianya tidak setanding bahu

aku sedar betapa besar langit di awan
hasil ciptaan kesayangan-Ku, tuhan
ianya ciptaan yang tidak ada saingan
wujud bermakna sekali pada alam kejadian
aku sedar
kita seharusnya bersyukur dengan setiap kelahiran
bukan dengan memandang hina cuma sedikit keburukan
aku sedari ini bukan cuma melihatnya
malah aku sendiri merasainya
betapa indah
betapa kasar
untuk menerima pada dasarnya
tapi apakan daya
ini ialah ujian dari-Nya

mungkin aku kuat
kuat yang teramat kuat
sehingga melahirkan rasa semangat
yang berkoba-koba untuk hadapi
setiap dari dugaan yang diberi
walau kiranya bukan sekali
mungkin beribu atau berjuta barang kali
tapi aku mengatakan aku tidak gentar
aku tidak kentar
aku berani hadapinya
aku sedar
aku ini gementar
cuma pandai berkata-kata
tapi aku harus berani
walau bagaimana sekalipun di depan mata
terima lah ia, dugaan-Nya

aku bertaubat cuma pada-Mu
aku terlampau berdosa sehingga durhaka kepada seorang ibu
aku terlampau kurang ajar pada yang melahirkan aku
pada yang menyuapkan aku
sehingga besar panjang sebegini
tapi aku melangkah kaki
dengan kata-kata keji
yang selama ini sudah memberi tunjuk ajar cara berdiri
cara untuk bercakap
cara untuk berlari
malah cara menghiasi diri ini

adakah ini pembalasan dari-Mu
kalau ianya benar
aku terima dengan hati yang terbuka luas untuk mencuba
cuba untuk tidak lagi mengenal erti pelbagai gejala
cuba untuk tidak lagi merosakkan diri dengan semua erti hina
tapi apa yang aku pinta cuma satu
satu niat dari anak mu
satu langkah untuk memulakan dunia baru
dan
satu restu yang teramat bermakna dari ibu

No comments: